countdown


Adoyaii

20 October 2012

.Bila Tuhan Tak Ditakuti.

Bila tuhan tak ditakuti
macam-macam boleh terjadi
tiap orang tak ketahuan hala hidupnya sendiri
maka rosaklah di sana-sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
dia leka sendiri dengan buah penanya

Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
tidak tahu tujuan kemana mahu pergi
ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali 
mengelilingi seluruh negeri
kadang-kadang berbohong sesuka hati

berkata tidak mengota
mengecam orang tak usah dikira
sudah jadi makan minumnya
sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
seolah-olah mereka wira agama
konon hendak membersihkan agama dari noda
yang sebenarnya berlakon didepan manusia 
bukan hidup realitinya

mereka lupa diri sendiri
mereka sendiri buat dosa
membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
anak-anak dan juga isteri terdedah auratt setiap hari
perbualan setiap hari tentang kenaikan gaji dan juga pangkat

Hidup sendiri nafsi-nafsi 
kecuali ada urusan rasmi
yang ada kaitan dengan gaji
yang ada kaitan gaji

Bakhilnya amat ketara sekali
mereka lupa semua itu adalah
kesesatan dalam beragama
kesesatan dalam beragama

Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
menggertak manusia setiap hari
akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
membantu orang bukan dari hatinya sendiri

Jasa-jasa disebut berulang-ulang kali
jasa-jasa disebut berulang-ulang kali
menceritakan jasa kepada manusia
maka hilanglah pahalanya
menipu diri tak disedari
menipu diri tak disedari

Tak kurang juga ada dikalangan manusia
setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
pelbagai cara dan gaya dipertunjukkan
rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur 
jiwa mereka derita 
tak kurang juga yang bunuh diri


#hehe. Lagu kegemaran aku time form 1. time jiwa tengah suci. otak suci.. hahah.~ btw, lagu ini memang sgt tersgtlah sesuai dengan kehidupan apa yang kita lihat sekarang ~

1 comment:

  1. mawaddah kn.. x silap ni masa form gitu dorang dtg skolah utk perform.. heee

    ReplyDelete