Seeloknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum
masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan
serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran
darah kita sewaktu kita sedang tidur.
Selain itu, minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan
perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika
tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa
berubah-ubah.
Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat
mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja
setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok,
mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran
sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.
Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan
bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum
menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan
kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit
sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu
banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan
kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu
banyak.