countdown


Adoyaii

19 April 2011

.K e c i k @ D h i l a h.

..
weh pempuan!
hahah.. saje..
weh kecik..
entry ni utk hg ye..
(ni pun kalau hg bukak, bukan pe, kalau pape jd, ak lupe ingtn ke, leh bukak entry ni ingt2kn ak balik)
kwn2 ak memang suke ade mslh ye.. ponin ak..

Nasihat Prob pertama :

  1. tolongla jgn layan dah si mamat tu ye kalau cenggini la perangainye. bagi ak, hurm.. ak rase hg tau kot ak.. ak mampu buat, hg pun mampu ye.. die tu KWN je pun, kecoh la lu der.. Kite gurl ok, kuat! hahah.
  2. sile fokus blaja ok. Ak taknk kwn2 ak asik pk mslh cinton2. ak tak suke!
  3. Sebenarnye mslh ni senang je nak selesai.. tak yah nak cntct2, yess! tp hg tu bukan boleh.. ish2~

Nasihat Prob kedua :

  1. ak lain dhilah. ak tak caye cinton2 alam maya ni.. knal2 kat fb ke, chat ke wateva la..ak memang tak caye.. sory to say ye senget. itu prinsip ak.. kwn sudah. ak hrp hg pun jgn pecaye ye, hahah. (jeles) :p
  2. Jgn sesekali pk "ak tkut nk bercinta coz org yg slalu ak syg akan tglkan ak" senget ea weh.? hahah.. ayat pe tu hg bg kat ak ea.? itu sume ketentuan ye.. dah die pergi dulu, usah di kenang.
  3. sile jgn ikut cara ak ye.. dalam bab2 hal cenggini. ak lain, hg lain. :)
  4. pegang kate2 ak. 'Cinta tak boleh dipakse, tapi cinta boleh dipupuk'. :)

lg 1, penting!
jgn pecaye sgt ye dgn kate2 seorg lelaki..

huhu.
caye sikit2 je..
kate2 mereka tu kate2 manis je weh,separuh betul kot..
pegang prinsip ak nie! hehe..


lg pe ea.?
tu jela pesan ak..
ak mls nak bg pendpt pjg2.. ponat..
arini ak ade exam, sori kecik..
lepas exam, ak cl hg ok.? insyaAllah

yg ak nak marah ni!!!!!!!

hg suh ak on ym, ak on..
lepas hg cite pasal si lelaki senget tu..
hg kate nak out dah.
patut tak.?? aiyaa..

suh msg hp lak.

suke abiskan crdt ak..

ish2..

(tak kisah pun sebenarnye crdt ak abis utk korang.. dr dulu lagi kot crdt ak ni utk korang.haha)
pastu, ak reply, hg tiddo??????
how dare u kecik! hahah
paham benor ak.. suke camni ye..
adoyai!!


ape pun, ak syg kwn2 ak..
korang ni suke susahkan otak ak nak pk mslh korang..hahha
ak bukan nye pakar cinta weh..
cubela cite mslh lain ke ape.. ni tak..
ak ni slalu fail dlm cinton2,
perlu ke tanye pendpt ak ea.?
senget.!

aiyaa..

kesimpulan : Kwn ak memang suke abiskan crdt ak.hahah

mood: tak sbr nak jumpe konvo. nak belasah korang. wink3~


12 April 2011

. K w n Y g S e n g e t .


selamat petang ok.
sementare tgh bosan2..
nak study pun ak tak tau ape ak study..
ak tulih kat entry ni ye..

berkenaan dgn kwn ak..
ak bangga ade kwn macam die nie.
walaupun hidup die slalu tak terurus tp..
baguslah..hahah.

ak rase ak bangga la dapat kwn camni..
to you
Nurhidayah Binti Mohamad Zabir
  1. Blaja la buat keputusan sendiri ye. kite mampu buat keputusan sendiri ok!
  2. Blaja hidup bersistem n berdisiplin, ak harap.
  3. blaja ade tanggung jwb, ak nmpk tu weh!haha
  4. yg PENTING, Think positve ok. aiyaa.. ak karate ko kang.
  5. so, syg kamu! sebab, ko tak penah berhsie dgn ak weh.. wakaka~
  6. tp ak sgt marah dgn ko! sebab segala mslh ko mesti ak kene pk!!!!! muahaha~ (tp taklah segala sgt)
so, sile menjadi perempuan yg lebih matang ye dayah.. jgn asik menyusahkan ak je weh..hahah~ tp tak susah pun weh.. masalah ko masalh ak.. erk?? betulke? suke serabutkan kepale otak ak ni.. aiya..hahah

pepun sayang ko weh.. :)
usia perkenalan kite start 26hb 7 2010
so, tak sampai setahun lagi ye kite berkwn..hahah
bye weh!


. C i n t a = Harus DibaLas?? .




Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.




.T a n d a - K e m a t i a n .


Tanda 100 hari sebelum mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

09 April 2011

.P i s a n g.

PISANG merupakan kurniaan alam semulajadi yang lengkap dengan vitamin penting, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga selain rasa yang enak.
Selain itu, pisang juga mengandungi vitamin C - bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan.
Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembapkan kulit muka menjadikan wajah lebih berseri.
Sebagai sumber buah-buahan yang mudah diperolehi di serata dunia serta harganya yang murah, pisang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya bermula daripada kulit hinggalah kepada isinya.
  • Pisang mampu buat anda gembira.
Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.
  • Meredakan ketidakselesaan perut.
Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan 'menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.
  • Hindari stres.
Apabila stres atau menghadapi tekanan kadar metabolik kita akan meningkat, pada masa yang sama menurunkan paras potasium dalam badan. Pisang mengandungi potasium yang tinggi membantu mengembalikan kadar potasium dalam badan pada paras normal. Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.
  • Merangsang otak.
Pisang membantu merangsang fungsi otak disebabkan potasium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati- hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.
  • Penampilan menawan.
Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.